
Info Skim Pelaburan LaundryBar

Kumpulan Syarikat

Pengurusan

Prospektus Terkini

* No Rujukan.: LBIS-W-000005



Seterusnya

Rekod Prestrasi Terbukti Lebih daripada 6 Tahun
City Coin Technology Bhd (“CCTB”) adalah merupakan ahli Kumpulan Syarikat City Coin dan secara dasarnya menguruskan pelaburan di dalam memberikan keselesaan dan peningkatan yang lebih baik kepada mereka yang merupakan pengguna tetap dobi layan diri. Kami adalah penyedia perkhidmatan dobi layan diri pertama di Malaysia yang diberi kepercayaan untuk menjalankan skim pelaburan yang berpotensi memberi gaya hidup yang lebih baik.
Kumpulan City Coin diasaskan pada tahun 2013, adalah platform perniagaan sehenti yang menumpukan pada penyelenggaraan dobi layan diri, pembekal mesin dan peralatan dobi layan diri, pengilang kimia cucian & produk penjagaan rumah, penyelidikan & pembangunan teknologi dan pembangunan digital dalam industri dobi.
Model perniagaan industri perkhidmatan dobi layan diri di Malaysia adalah merupakan industri yang memenuhi KEPERLUAN harian pengguna. Konsep perkhidmatan ini menyediakan penyelesaian mudah dengan mengurangkan pembaziran masa yang ketara ke atas urusan dobi. Kami percaya bahawa masa kita seharusnya digunakan untuk perkara / kerja yang lebih baik dan bukannya dibazirkan pada hal-hal berkaitan dobi sahaja.
Mulakan Bagaimana untuk melabur?