Info Skim Pelaburan LaundryBar

Seterusnya


Kumpulan Syarikat

Seterusnya


Pengurusan

Seterusnya


Prospektus Terkini

Seterusnya

City Coin Laundry Sdn Bhd – LaundryBar

City Coin Technology Bhd (“CCTB”) adalah merupakan ahli Kumpulan Syarikat City Coin dan secara dasarnya menguruskan pelaburan di dalam memberikan keselesaan dan peningkatan yang lebih baik kepada mereka yang merupakan pengguna tetap dobi layan diri. Kami adalah penyedia perkhidmatan dobi layan diri pertama di Malaysia yang diberi kepercayaan untuk menjalankan skim pelaburan yang berpotensi meningkatkan gaya hidup yang lebih baik.

Kumpulan Syarikat City Coin diasaskan pada tahun 2013 adalah merupakan sebuah platform perniagaan sehenti yang menumpukan pada penyelenggaraan dobi layan diri, pembekal mesin dan peralatan dobi layan diri, pengilang kimia cucian & produk penjagaan rumah, penyelidikan & pembangunan teknologi dan pembangunan digital dalam industri dobi.

Model perniagaan industri perkhidmatan dobi layan diri di Malaysia adalah merupakan industri yang memenuhi KEPERLUAN harian pengguna. Konsep perkhidmatan ini menyediakan penyelesaian mudah dengan mengurangkan pembaziran masa yang ketara ke atas urusan dobi. Kami percaya bahawa masa kita seharusnya digunakan untuk perkara / kerja yang lebih baik dan bukannya dibazirkan pada hal-hal berkaitan dobi sahaja.

Kami menambah baik perkhidmatan dobi layan diri yang sedia ada dengan menyediakan solusi perkhidmatan dobi layan diri yang CEPAT, CEKAP dan MUDAH untuk masyarakat dan pelanggan kami.

Mengikut kajian kami, kurang daripada 8% netizen menggunakan perkhidmatan dobi layan diri di Malaysia. Justeru itu, potensi pertumbuhan industri ini adalah sangat luas dan ini merupakan faktor penting yang akan menyumbang kepada pertumbuhan pesat Kumpulan Syarikat City Coin.

Sejak mula beroperasi pada tahun 2013, LaundryBar telah berkembang dari segi bilangan outlet dan sehingga kini, lebih daripada 400 cawangan LaundryBar beroperasi di seluruh Malaysia. LaundryBar juga berbangga dengan kadar kejayaan 100% daripada jumlah cawangan yang beroperasi setakat ini. Secara konsisten, pencapaian pulangan pelaburan purata adalah sebanyak 30% setahun.

Objektif utama kami adalah untuk membina jenama bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh Asia Tenggara agar organisasi dapat mencapai Ketahanan, Kemampanan dan Berpanjangan tidak kira di dalam apa jua iklim ekonomi.


Visi, Misi dan Nilai Utama

Visi

Untuk menjadi penyedia perkhidmatan dobi layan diri serba lengkap dan penyedia solusi menyeluruh di Asia Tenggara yang menggabungkan teknologi canggih ke dalam perkhidmatannya untuk mencapai kelebihan daya saing dalam pasaran global.

Misi

Kumpulan Syarikat City Coin komited untuk menyediakan perkhidmatan dobi layan diri yang menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden.

Nilai Utama

  • Kepimpinan Yang Kuat Dengan Visi Strategik Dan Hala Tuju Yang Jelas.
  • Pasukan Penyelidikan & Pembangunan Yang Inovatif.
  • Kumpulan Pasukan Teknikal yang terlatih, berpengalaman dan fokus kepada Pelanggan.
  • Berfikiran maju kehadapan dan mencipta perubahan.

Lembaga Pengarah

Paul Ang Beng Teck

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LaundryBar
Paul Ang Beng Teck adalah pemilik dan pengasas LaundryBar yang juga Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat City Coin. Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada 1 Ogos 2014 disahkan dalam jawatan selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 20 November 2014.
Seterusnya

Sandra Chua Wuan Yeen

Pengasas dan Pengarah LaundryBar
Sandra Chua Wuan Yeen adalah Pengasas dan Pengarah Eksekutif LaundryBar yang juga Pengarah Kumpulan Syarikat City Coin. Beliau memulakan perniagaan dobi layan diri dengan pasangannya pada tahun 2013.
Seterusnya